Wakaf dan Pelantar


 Salah satu aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Anggun Creative ialah menyediakan binaan lanskap kejur , seperti wakaf, pergola, pelantar dan lain lain. Baru baru ini syarikat kami berpeluang menyediakan sebuah wakaf yang lengkap dengan pelantar dan bangku untuk seorang pelanggan kami.









Kumpulan pertama KJL

Seramai 4 peserta dari kumpulan pertama Kursus Jahitan Langsir , telah pun mula berkursus pada 31 Mac 2012, di Dewan Latihan, Anggun Creative. Mereka semua amat berminat dan menumpukan perhatian kepada subjek yang diajar dan akan menghabiskan 10 paten langsir untuk jangka masa 6 minggu atau 6 kali kehadiran kelas.



KURSUS JAHITAN LANGSIR


Kursus jahitan langsir yang pertama anjuran Anggun Creative Insyaallah akan diadakan pada hari Sabtu 31 Mac 2012 bertempat di Dewan Latihan, Anggun Creative , 316 B, Tingkat 3, Blok B, Kuantan Centre Point, Kuantan.
Peserta akan mengikuti kelas selama 6 minggu pada setiap hari sabtu, masa 9.00 pagi hingga 2.00 ptg.

Subjek yang diajar meliputi 10 paten langsir iaitu:-
1. Asas jahitan
2. Box pleat
3. smoking
4. Box pleat borderlace
5. Box pleat berganda
6. Goblet button
7. Singapore pleat
8. Diamond pleat
9. Kia cafe
10. sarung kusyen

Bagaimana pun penyertaan masih dibuka untuk peserta peserta lain bagi hari Isnin hingga Jumaat.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami 012-9873895

Projek SBP Integrasi Pulau Serai, Pekan

Projek terbaru kami ialah menghias dan menceriakan beberapa sudut Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Pulau Serai Pekan.

Gambar sebelum:



Gambar sesudah:-


Gambar sebelum:-



Gambar sesudah:-




Gambar sebelum:-


Gambar sesudah:-



Gambar sebelum:-


Gambar sesudah:-

Kerja kerja menghias dan menceriakan kawasan berkenaan





Kursus Anjuran Anggun Creative

Mulai bulan Disember 2011 , Anggun Creative akan mula menganjurkan kursus kemahiran dan seni kreatif. Antara kursus yang dicadangkan adalah jahitan langsir, gubahan bunga, membuat bunga dip, anyaman manik, membuat clip tudung dan aksesori tudung, membuat bunga sabun, membuat bunga kertas, mencetak t-shirt menggunakan teknik silk screen dan lain lain kursus seni kreatif.

Buat permulaan pendaftaran bagi kursus jahitan langsir telah bermula.

Tunggu entri seterusnya untuk tajuk dan tarikh kursus yang lain atau hubungi kami.

Hantaran balasan - Siti ke Yusri

Antara hantaran balas dari Siti kepada Yusri yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada 15 Oktober 2011 di rumah pengantin perempuan di Taman TAS, Kuantan ialah baju, kasut, buahan, coklat dan kain tenun Pahang.

Hantaran Balas - Nadirah ke Suami

Hantaran balasan dari Nadirah dari Klang Selangor, kepada suami tercinta berupa kasut ,pen, handphone, wallet, perfume, baju kemeja , baju melayu dan senaskah Al Quran. Pernikahan mereka akan berlangsung pada 15 Oktober 2011. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Hantaran Kahwin - Azmil ke Farina 9 Oktober 2011

Anggun Creative telah menerima tempahan hantaran Azmil dari Perumahan Cenderawasih yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Farina pada 9 Oktober 2011 di Mentakab, Pahang. Sebanyak 7 dulang hantaran telah disediakan oleh pihak Azmil berupa handphone, sunglass, jam tangan, buah-buahan, telekung, coklat, handbag, alat make up & pewangi.


Wang Mas kahwin sebanyak RM 22.50 di sediakan dalam bentuk jambangan bunga :-



Mas Kahwin

Mas Kahwin ini di buat menggunakan duit kertas satu ringgit dengan campuran bunga dan gubah menjadi satu jambak untuk nilai mas kahwin RM 22.50 bagi beberapa negeri.
Yang ini pula terdiri dari wang kertas seringgit dan sepuluh ringgit , di gubah untuk lebih menarik dengan nilai duit mas kahwin RM 100.00.